Tuesday, 11 April 2017


KEPENTINGAN ELEMEN PEMBANGUNAN INSANIAH DALAM MEMPERKASAKAN MAHASISWA


ASHLAH IBRAHIM
PUSAT KAJIAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN ISLAM UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Pada masa kini, dalam mengorak langkah menuju kemajuan negara mahupun hidup mahasiswa perlulah merancang dan memperbaiki diri untuk kemajuan di dunia dan di akhirat. Mahasiswa merupakan aset terpenting bagi memacu Malaysia kearah kecemerlangan dengan menitikberatkan elemen pembangunan inaniah. Pembangunan ini bermatlamat bagi melahirkan modal insan yang bepengetahuan tinggi dan berkepimpinan disamping membantu dalam memajukan negara agar standing dengan peredaran masa (Siti Fatimah Ahmad dan Maimun Aqsha Lubis, 2015). Bukan itu sahaja, pembangunan insaniah ini mestilah seiring dengan nilai manusia yang bertunjangkan akhidah, syariah dan akhlak. Bagi memperkasakan mahasiswa mengikut elemen pembangunan insaniah , etika dan moral mestilah selari dalam usaha melahirkan mahasiswa yang intelek. Selain itu, elemen kemahiran berpemikiran kritis dan kemahiran menyelesaian masalah  dan kemahiran kerja berpasukan juga perlu dititikberatkan sekiranya ingin mencapai matlamat pembangunan insaniah dalam memperkasakan mahasiswa pada masa kini.

Elemen kemahiran insaniah bertujuan untuk melengkapkan pembentukan insan seperti mahasiswa agar seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal supaya berpegang teguh dan percaya kepada Tuhan. Elemen yang pertama ialah berpengetahuan tinggi dan berkepimpinan bagi seseorang mahasiswa. Elemen ini wujud bagi menonjolkan sifat mahasiswa yang mampu memenuhi ciri-ciri yang diperlukan oleh majikan. Sering juga berlaku rungutan majikan berkaitan kegagalan mahasiswa dalam memiliki kemahiran insaniah yang secukupnya (Hanum Hassan, Razli Ahmad dan Azuddin Bahari, 2012). Sekiranya perkara ini dapat ditekankan dalam kalangan mahasiswa, ia akan dapat memberi impak positif keada gerak kerja dalam organisasi dan negara.

Elemen yang  kedua ialah elemen etika dan moral. Ia merupakan salah satu perkara yang disentuh dalam falsafah pendidikan negara. Keseimbangan elemen ini dapat mengatur system kehidupan mahasiswa agar lebih teratur. Elemen etika dan moral banyak menjurus kepada akhlak Islam. Akhlak adalah system yang mengaturkan kehidupan manusia seperti kasih sayang, jujur, amanah dan hormat-menghormati. Selain itu, akhlak juga dapat dijadikan sebagai undang-undang yang positif bagi seseorang mahasiswa yang cemerlang. Menurut Amini Amir Abdullah (2006), strategi utama bagi melahirkan modal insan kelas pertama ialah dengan meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu, keupayaan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi dan kekuatan moral.

Elemen yang ketiga ialah elemen kemahiran berpemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Elemen ini dapat dijelaskan sebagai kemahiran yang ada pada seseorang secara semula jadi atau dengan dilatih (Juliza Ezaida Jumelan, 2014). Selain itu juga, mahasiswa dapat melatih elemen ini dengan tugas yang diberikan oleh pensyarah. Melalui cara ini mahasiswa akan mengasah minda dan berusaha mencapai segala kreateria yang pensyarah inginkan. Elemen ini dapat manyelesaikan masalah  berkaitan ketidakterampilan mahaiswa dalam pembelajaran (Idris Mohd Radzi, 2007).

Elemen yang keempati  ialah elemen kemahiran kerja berpasukan. Menurut Norazila Mat, Jamsari Alias, Nazri Muslim dan Nur Atiqah Abdullah (2015), kepentingan dalam pembangunan insaniah dalam kemahiran kerja berpasukan dapat memberi kesan efektif dalam sesebuah organisasi. Ia samada dalam oganisasi mahasiswa mahupun di alam pekerjaan. Dengan kemahiran ini dapat menonjolkan sifat tanggungjawab dan bijak dalam mengendalikan suatu. Kemahiran kerja berpasukan juga merupakan salah satu elemen yang penting bagi elemen kemahiran insaniah. Kemahiran kerja berpasukan melibatkan kebolehah untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosio budaya untuk mencapai matlamat dan misi yang sama. Menurut Huzili Husin, Azman Zakaria dan Muhammad Shukri Salleh (2008), Memperkasakan Mahasiswa Kejuruteraan Menerusi Penerapan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) telah menguraikan elemen kerja berpsukan ini kepada tiga tahap iaitu tahap yang pertama adalah kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dan bekerjasama secara efektif bersama untuk mencapai objektif yang sama. Tahap yang kedua pula ialah kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan. Tambahan lagi, kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain merupakan tahap yang ketiga dan yang terakhir di dalam elemen kerja berpasukan ataupun "Team Work Skill" dalam memperkasa kemahiran insaniah mahasiswa.

Kesimpulannya, elemen pembagunan insaniah perlulah diperkasaan dalam kalangan mahasiswa supaya dapat memperbaiki dan menghindari permasalahan yang besar kepada negara. Penambahbaikan ini dapat mencantikkan organisasi, peribadi dan masyarakat dalam mencapai negara berwawasan.


Rujukan

Amini Amir Abdullah, (2006), Pembangunan dan Kemajuan Modal Insan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9): Satu Penelitian. Prosiding Seminar Tamadun Islam Tentang Pembangunan Modal Insan Peringkat Kebangsaan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Juliza Ezaida Jumelan, (2014), Penguasaan Kemahiran Insaniah Pelajar dalam Penglibatan Aktivti Kokurikulum Badan Beruniform di UTHM. Fakulti Pendidikan dan Vokasional, Univrsiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Tang Keow Ngang dan Zainab Ali,( 2014), kepimpinan Kemahiran Insaniah dan Pengurusan Kurikulum Pengetua di Sekola Berprestasi Tinggi. Jurnal Pendidikan Malaysia 39(1): 77-82.

Siti Fatimah Ahmad dan Maimun Aqsha Lubis, (2015), Islam Hadhari dalam Pendidikan Pembangunan Modal Insan di Malaysia: Satu Analisa Epistimologi. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norazila Mat, Jamsari Alias, Nazri Muslim dan Nur Atiqah Abdullah (2015), Experiential Learning dan Service Learning: Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Insaniah Pelajar UKM. Jurnal Personalia Pelajar 18(1): 55-64.

Hanum Hassan, Razli Ahmad dan Azuddin Bahari, 2012. Kemahiran Insaniah dan Kepentingan Penerapannya dalam Program Baktisiswa Perdana UniMAP. Jurnal Seminar Amalan Terbaik Aplikasi Softskills IPTA Malaysia.

Huzili Husin, Azman Zakaria dan Muhammad Shukri Salleh, (2008), Centre for Communication Skills and Entrepreneurship UniMAP in collaboration with The Ministry of Higher Education Malaysia, 5th - 6th December 2008 at Putra Palace Hotel, Perlis.


KEPENTINGAN ELEMEN PEMBANGUNAN INSANIAH DALAM MEMPERKASAKAN MAHASISWA ASHLAH IBRAHIM PUSAT KAJIAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN ISLAM  UNI...