KEPENTINGAN ELEMEN PEMBANGUNAN INSANIAH DALAM MEMPERKASAKAN MAHASISWA
ASHLAH IBRAHIM
PUSAT KAJIAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN ISLAM UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
PUSAT KAJIAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN ISLAM UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Pada masa kini, dalam mengorak langkah menuju kemajuan negara
mahupun hidup mahasiswa perlulah merancang dan memperbaiki diri untuk kemajuan di dunia dan di akhirat.
Mahasiswa merupakan aset terpenting bagi memacu Malaysia kearah kecemerlangan
dengan menitikberatkan elemen pembangunan inaniah. Pembangunan ini bermatlamat
bagi melahirkan modal insan yang bepengetahuan tinggi dan berkepimpinan
disamping membantu dalam memajukan negara agar standing dengan peredaran masa
(Siti Fatimah Ahmad dan Maimun Aqsha Lubis, 2015). Bukan itu sahaja,
pembangunan insaniah ini mestilah seiring dengan nilai manusia yang
bertunjangkan akhidah, syariah dan akhlak. Bagi memperkasakan mahasiswa
mengikut elemen pembangunan insaniah , etika dan moral mestilah selari dalam
usaha melahirkan mahasiswa yang intelek. Selain itu, elemen kemahiran berpemikiran
kritis dan kemahiran menyelesaian masalah
dan kemahiran kerja berpasukan juga perlu dititikberatkan sekiranya
ingin mencapai matlamat pembangunan insaniah dalam memperkasakan mahasiswa pada
masa kini.
Elemen kemahiran
insaniah bertujuan untuk melengkapkan pembentukan insan seperti mahasiswa agar
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal supaya berpegang teguh dan percaya kepada Tuhan.
Elemen yang pertama ialah berpengetahuan tinggi dan berkepimpinan bagi
seseorang mahasiswa. Elemen ini wujud bagi menonjolkan sifat mahasiswa yang
mampu memenuhi ciri-ciri yang diperlukan oleh majikan. Sering juga berlaku
rungutan majikan berkaitan kegagalan mahasiswa dalam memiliki kemahiran
insaniah yang secukupnya (Hanum Hassan, Razli Ahmad dan Azuddin Bahari, 2012).
Sekiranya perkara ini dapat ditekankan dalam kalangan mahasiswa, ia akan dapat
memberi impak positif keada gerak kerja dalam organisasi dan negara.
Elemen yang kedua ialah elemen etika dan moral. Ia
merupakan salah satu perkara yang disentuh dalam falsafah pendidikan negara.
Keseimbangan elemen ini dapat mengatur system kehidupan mahasiswa agar lebih
teratur. Elemen etika dan moral banyak menjurus kepada akhlak Islam. Akhlak
adalah system yang mengaturkan kehidupan manusia seperti kasih sayang, jujur,
amanah dan hormat-menghormati. Selain itu, akhlak juga dapat dijadikan sebagai
undang-undang yang positif bagi seseorang mahasiswa yang cemerlang. Menurut
Amini Amir Abdullah (2006), strategi utama bagi melahirkan modal insan kelas
pertama ialah dengan meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu, keupayaan
penyelidikan dan pembangunan serta inovasi dan kekuatan moral.
Elemen yang ketiga
ialah elemen kemahiran berpemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Elemen ini dapat dijelaskan sebagai kemahiran yang ada pada seseorang secara
semula jadi atau dengan dilatih (Juliza Ezaida Jumelan, 2014). Selain itu juga,
mahasiswa dapat melatih elemen ini dengan tugas yang diberikan oleh pensyarah.
Melalui cara ini mahasiswa akan mengasah minda dan berusaha mencapai segala
kreateria yang pensyarah inginkan. Elemen ini dapat manyelesaikan masalah berkaitan ketidakterampilan mahaiswa dalam
pembelajaran (Idris Mohd Radzi, 2007).
Elemen yang keempati ialah elemen kemahiran kerja berpasukan.
Menurut Norazila Mat, Jamsari Alias, Nazri Muslim dan Nur Atiqah Abdullah
(2015), kepentingan dalam pembangunan insaniah dalam kemahiran kerja berpasukan
dapat memberi kesan efektif dalam sesebuah organisasi. Ia samada dalam
oganisasi mahasiswa mahupun di alam pekerjaan. Dengan kemahiran ini dapat
menonjolkan sifat tanggungjawab dan bijak dalam mengendalikan suatu. Kemahiran kerja berpasukan juga merupakan salah satu elemen yang penting bagi elemen kemahiran insaniah. Kemahiran kerja berpasukan melibatkan kebolehah untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosio budaya untuk mencapai matlamat dan misi yang sama. Menurut Huzili Husin, Azman Zakaria dan Muhammad Shukri Salleh (2008), Memperkasakan Mahasiswa Kejuruteraan Menerusi Penerapan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) telah menguraikan elemen kerja berpsukan ini kepada tiga tahap iaitu tahap yang pertama adalah kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dan bekerjasama secara efektif bersama untuk mencapai objektif yang sama. Tahap yang kedua pula ialah kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan. Tambahan lagi, kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain merupakan tahap yang ketiga dan yang terakhir di dalam elemen kerja berpasukan ataupun "Team Work Skill" dalam memperkasa kemahiran insaniah mahasiswa.
Kesimpulannya, elemen pembagunan insaniah
perlulah diperkasaan dalam kalangan mahasiswa supaya dapat memperbaiki dan
menghindari permasalahan yang besar kepada negara. Penambahbaikan ini dapat
mencantikkan organisasi, peribadi dan masyarakat dalam mencapai negara
berwawasan.
Rujukan
Amini Amir Abdullah, (2006), Pembangunan dan
Kemajuan Modal Insan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9): Satu
Penelitian. Prosiding Seminar Tamadun Islam Tentang Pembangunan Modal Insan
Peringkat Kebangsaan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Juliza Ezaida Jumelan, (2014), Penguasaan
Kemahiran Insaniah Pelajar dalam Penglibatan Aktivti Kokurikulum Badan
Beruniform di UTHM. Fakulti Pendidikan dan Vokasional, Univrsiti Tun Hussein
Onn Malaysia.
Tang Keow Ngang dan Zainab Ali,( 2014), kepimpinan Kemahiran Insaniah dan Pengurusan Kurikulum Pengetua di Sekola
Berprestasi Tinggi. Jurnal Pendidikan Malaysia 39(1): 77-82.
Siti Fatimah Ahmad dan Maimun Aqsha Lubis, (2015), Islam Hadhari dalam Pendidikan Pembangunan Modal Insan di Malaysia: Satu
Analisa Epistimologi. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norazila Mat, Jamsari Alias, Nazri Muslim
dan Nur Atiqah Abdullah (2015), Experiential Learning dan Service Learning: Ke
Arah Meningkatkan Kemahiran Insaniah Pelajar UKM. Jurnal Personalia Pelajar
18(1): 55-64.
Hanum Hassan, Razli Ahmad dan Azuddin Bahari, 2012. Kemahiran Insaniah dan Kepentingan Penerapannya dalam Program Baktisiswa Perdana UniMAP. Jurnal Seminar Amalan Terbaik Aplikasi Softskills IPTA Malaysia.
Huzili Husin, Azman Zakaria dan Muhammad Shukri Salleh, (2008), Centre for Communication Skills and Entrepreneurship UniMAP in collaboration with The Ministry of Higher Education Malaysia, 5th - 6th December 2008 at Putra Palace Hotel, Perlis.
No comments:
Post a Comment